Skip to content

Light n Easy With Uji Rashid

December 19, 2011

Hari ini aku nak berehat sikit. Mungkin sebab lama sangat mengadap PC, badan agak kurang sedap. Jadi wiken baru ni aku rehat aje kat rumah sambil main2 dengan anak, buat le sikit keje rumah-cuci baju, masak sikit dan yang penting sekali adalah tiduq. Memang sedapt tiduq lepas Zohor. Nikmat yang terucap. Rasanya dah lama tak merasa tiduq lepas zohor tu. Nasib baik le anak pun tiduq skali, merasa aku tiduq 2 jam. Lepas je bangun, rtasa fresh gitu..Tiba2 rasa nak buka radio-aku ada radio kecik letak kat dapur tu. ala radio transister style lama tu. Radio ni, memang kegemaran arwah tuk wan aku dulu. Dia suka buka lepas jam 2 pm. Artis kegemaran dia adalah Uji Rashid..Ahhh…memang terbaik. ni aku cut n paste maklumat kak uji dari wikipedia.

Fuziah Harun Al Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uji Rashid
Nama lahir Fuziah Hj Haroun Al Rashid
Genre Irama Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tahun aktif 1975- kini

Fuziah Hj Haroun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang terkenal.

Pembabitan Fuziah Harun Al Rashid dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 70-an. Ketika itu dia yang belajar di sekolah perempuan dan meminati aktiviti sukan ini didesak oleh rakan-rakan sekolahnya untuk menyertai sebagai penari kebudayaan sekolah.

Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan menyertai pertandingan tarian dan pada masa sama mula berjinak-jinak dengan teater.

Boleh dikatakan apa jua cabang seni yang disertainya, sama ada tarian dan lakonan serba menjadi membuatkannya selepas itu mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi tidak mencapai sebarang kejayaan.

Biarpun tidak berjaya, bakatnya dikesan Datuk Ahmad Nawab dan berikutan galakan yang diterima daripada penggubah terbabit, Uji merakamkan empat lagu di sebuah studio di Singapura tetapi lagu berkenaan tidak diterbitkan.

Nasibnya berubah selepas itu sebaik saja bertemu Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya membintangi filem baru berjudul Permintaan Terakhir (1975) bersama Nozie Nani, Sani Abdullah dan Yusof Haslam (Datuk). Tuahnya kemudian cukup menyerlah di layar perak. Apabila filem pertamanya itu mendapat sambutan hangat di pawagam dan namanya semakin menjadi sebutan, barulah lagunya yang pernah dirakamkan dulu diedarkan sekali gus meledakkan lagi popularitinya sebagai bintang baru.

Sama ada lakonan mahu pun nyanyian, kedua-dua bidang ini cukup sinonim dengannya. Dia dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai. Sebut apa saja, fesyen pakaiannya hingga ikan kembung digelar Ikan Uji Rashid dek matanya yang besar.

Filem lakonannya yang cukup berkesan ialah Jiwa Remaja, Yasin, Langit Tidak Selalu Cerah dan Dendang Perantau. Uji juga merakamkan lebih puluhan piring hitam (EP), cartridge dan album termasuk berduet dengan Hail Amir.

Semasa EMI mula serius dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid berjaya terjual melebihi 30,000 unit menjadikan Uji Rashid sebagai salah satu artis yang paling laris pada waktu itu

Antara album yang dihasilkan ibu kepada dua cahaya mata itu ialah Semakin Hari Semakin Sayang, Antara Matamu Dan Mataku, Ku Kekosongan, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu, Hujan, Mengapa Derita Yang Dicari, Ku Kejar Bayanganmu, Merpati dan Bisikan Hati.

Sampai la aku sangat meminati kak uji. Suara dia memang A+. Kalu setakat siti nurhaliza, belum sampai la taraf dia. Siyes, cuba ko dengaq lagu dia. Memang meruntun jiwa raga..kakaka..Lagi yg paling meruntun jiwa adalah lagu nih-Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu.

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

( korus )
Malangnya…
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku…

( ulang korus )

Ahhhh….tak tiduq malam kalo dengaq tengah2 malam. Ok la..nanti aku cerita lagi pasai Kak uji. Selamat bercuti.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.